Webinar NADI Care Diet Extreme Jalan Pintas atau Perangkap
11 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 10 April 2026, seorang peserta telah menyertai Webinar NADI Care Diet Extreme Jalan Pintas atau Perangkap melalui platform Google Meet. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai realiti amalan diet extreme serta kesannya terhadap kesihatan jika diamalkan tanpa pemantauan yang betul. Dalam webinar ini, dietitian bertauliah Puan Safiah binti Tajuddin telah kongsikan realiti sebenar diet extreme dan cara yang lebih selamat untuk capai berat badan ideal.
Dalam usaha menurunkan berat badan dengan cepat, terdapat individu yang sanggup mencuba pelbagai kaedah seperti mengurangkan pengambilan makanan secara drastik, mengamalkan OMAD atau diet yang terlalu ketat. Namun, pendekatan ini boleh memberi kesan negatif kepada tubuh sekiranya tidak dilakukan dengan bimbingan pakar. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada cabaran yang sering dihadapi seperti kekurangan nutrisi, keletihan, serta risiko gangguan kesihatan yang boleh menjejaskan kesejahteraan diri. Sesi ini juga menekankan kepentingan memilih kaedah yang lebih selamat dan seimbang dalam mencapai berat badan ideal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: